PN jangan mandulkan demokrasi berparlimen - Asyraf

  • 3 years ago
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak boleh dilihat takut atau mahu memandulkan institusi demokasi negara, kata Ketua Pemuda Umno Malaysia Asyraf Wajdi Dusuki.

Menurut Asyraf, PN akan dilihat takut pada demokrasi jika terus enggan mengadakan sidang parlimen seperti yang disarankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.