Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri target makcik-makcik? Ada lagi ke orang guna bomoh?
  • 3 tahun lalu
TAMPIL kelainan daripada kebiasaan, drama Aku Yang Kau Gelar Isteri mula ditayangkan di TV3 menerusi slot Samarinda yang sinonim dengan kisah cinta dan keluarga.

Namun drama ini turut menyelitkan elemen seram yang pasti akan memberi kejutan kepada penonton.

Menurut Shuhaimi Lua selaku pengarah dan penerbit, ini kali pertama dia drama dengan genre seram dan mengambil masa yang agak panjang berbanding mengarah drama lain.

“Ini adalah kali pertama saya buat cerita seram, sebelum ini banyak buat drama berat dan komedi.

“Apabila diberi peluang untuk mengarah cerita seram, saya mengambil masa yang agak lama untuk belajar dan buat pemerhatian.
Disyorkan