Khuatir laptop percuma tak cukup, Shahril cadang kupon subsidi

  • 3 years ago
Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan berkata perincian berhubung laptop percuma yang dijanjikan kerajaan sepatutnya diputuskan tahun lalu.

Ini selepas Yayasan Hasanah yang mengendalikan program komputer riba percuma menjelaskan kumpulan pertama gajet itu hanya akan diedarkan bulan depan.

Shahril turut mencadangkan agar kerajaan menyediakan kupon subsidi kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah untuk membeli komputer riba.