Analisis : Darurat untuk Muhyiddin atau Covid-19?

  • 3 years ago
Darurat telah diisytiharkan di Malaysia ketika kerajaan berusaha untuk mengekang dan menstabilkan jumlah kes Covid-19 di negara ini.

Kerajaan Perikatan Nasional baru-baru ini juga menyaksikan majoriti mereka hilang dan difahamkan bahawa Muhyiddin hanya mendapat sokongan 110 anggota Parlimen.

Pengisytiharan darurat yang menyebabkan penggantungan Parlimen bermakna beliau tidak perlu menghadapi undi tidak percaya diri sehingga 1 Ogos, memberikan kerajaannya sedikit kestabilan untuk tempoh ini.

KiniTV bercakap dengan Pensyarah Pengajian Asia dari Universiti Tasmania, James Chin dan Andrew Khoo, seorang peguam untuk memahami situasi kompleks yang disaksikan buat pertama kalinya oleh kebanyakan rakyat Malaysia.

Recommended