'Strong, formidable, convincing_ Pergi baliklah!' - Mahathir perlekeh Anwar

  • 3 years ago
Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mahathir hari ini memperlekehkan dakwaan Presiden PKR, Anwar Ibrahim bahawa dia mempunyai sokongan yang 'kuat, hebat dan meyakinkan' daripada ahli-ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Menurutnya, Anwar telah 'menolak bulat-bulat' tawaran daripada pihaknya dan juga Warisan untuk membentuk gabungan baru iaitu PH Plus selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari lalu.

Anwar pada 29 Disember lalu berkata, PH bersedia mengundang sesiapa saja untuk bekerjasama termasuk Dr Mahathir asalkan tidak membawa agenda peribadi.