Diskaun 50 peratus saman trafik bermula 15 Disember di Johor
  • 3 years ago
Orang ramai yang mempunyai saman kesalahan trafik di Johor boleh membuat semakan dan bayaran dengan diskaun sebanyak 50% bermula 15 hingga 30 Disember 2020.
Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, diskaun diberikan bagi mengalakkan orang ramai membayar dan menyelesaikan saman tertunggak di IPK Johor.

Menurutnya, semua saman layak mendapat diskaun kecuali saman berstatus bicara mahkamah, kesalahan Op Selamat tahun semasa dan kemalangan tahun semasa.

Selain itu, mereka yang berstatus waran tangkap tahun semasa melibatkan lori sejak sejak dua tahun lalu turut tidak layak menerima diskaun saman.

Laporan lanjut: https://www.facebook.com/PolisJohor/videos/388996325740900