Jutaan dos vaksin Covid-19 mula diedar ke seluruh AS

  • 3 years ago
Amerika Syarikat (AS) mula mengagihkan vaksin COVID-19 ke seluruh negara, semalam, susulan pelancaran usaha imunisasi besar-besaran untuk membasmi wabak itu.

Deretan trak dilengkapi peralatan penyejukan khas, meninggalkan sebuah kemudahan di Kalamazoo, Michigan, sebagai sebahagian daripada pelaksanaan perancangan awam-swasta bagi mengedarkan berjuta-juta dos vaksin dibangunkan oleh Pfizer-BioNtech, kepada rakyat AS.

Syarikat khidmat penghantaran, FedEx serta UPS, menggunakan gerombolan trak dan kapal terbang untuk membawa kargo terbabit, malah adakala dengan diawasi pengawal bersenjata.