Saya boleh kerah orang kampung sekat Sungai Muda, seloroh MB Kedah
  • 3 years ago
Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor secara berseloroh mengatakan bahawa dia boleh meminta orang kampung menyekat air dari Sungai Muda di negeri itu sekiranya kerajaan Pulau Pinang masih enggan membayar caj air mentah terbabit.

“Besok kita alirkan Sungai Muda itu ke tempat lain, kalau orang kampung saya kata belat (sekat) sungai, alih sungai itu pi (ke) tempat lain, hampa (kerajaan negeri Pulau Pinang) nak sedut ayaq (air) di mana?

“Haa boleh pi sampai tara (setakat) itu lah kalau mahu, saya kerah orang kampung suruh boh (letak) pasir dalam guni belat sungai di Pinang Tunggal.

“Lepas pada Pinang Tunggal, intake kita yang terakhir, lepas itu bila semua kering, hampa boleh pi mengaga (cari) ikan (darat) di Sungai Pulau Pinang,” katanya semalam.

Sebelum ini, Sanusi menegaskan bahawa kerajaan Pulau Pinang tetap perlu membayar caj air mentah dari Sungai Muda yang mengalir ke negeri itu, kerana sumber berkenaan perlu sentiasa dipulihara.

Video source: https://www.facebook.com/N24MuhammadSanusiMdNor/videos/3351334951660380