10:18am: Amaran kebakaran dikeluarkan, sidang Dewan Rakyat ditangguh seketika

  • 3 years ago
Sidang Dewan Rakyat terpaksa ditangguhkan buat seketika apabila amaran kebakaran dikeluarkan pada sekitar jam 10.18 pagi tadi.

Kesemua ahli Parlimen dan petugas Dewan Rakyat telah diarahkan keluar daripada bangunan Parlimen.

Bagaimanapun, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Mohd Rashid Hasnon mengesahkan bahawa situasi dalam keadaan terkawal dan sidang Dewan Rakyat disambung semula.