Covid-19- 732 kes baru, 6 kematian, 102 di ICU

  • 4 years ago
Kes jangkitan Covid-19 di negara ini terus merekodkan angka yang tinggi dengan sebanyak 732 kes baru dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Sabah terus merekodkan angka tertinggi dengan 535 kes, diikuti Selangor 114 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (20 kes).

Ini menjadikan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini adalah sebanyak 7,827 kes, manakala jumlah keseluruhan sebanyak 22,957 kes.

Sementara itu menurutnya seramai 102 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 31 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Enam lagi kematian baru dicatatkan hari ini, lima daripadanya dikesan di Sabah.