Gerakan lancar petisyen suara hati rakyat kepada Agong

  • 4 years ago
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) hari ini melancarkan satu petisyen bagi mengumpul suara rakyat Malaysia yang ingin disampaikan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Menurut Setiausaha Agung Gerakan Mak Kah Keong, petisyen itu menyatakan empat tuntutan, antaranya mahu perebutan kuasa di kalangan parti politik dihentikan dan supaya kerajaan baginda memberi fokus kepada usaha membendung pandemik Covid-19.

Petisyen itu boleh ditandatangani di laman shorturl.at/fiAB1 sehingga 2 November 2020, iaitu sebelum pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.