Anwar dipanggil ke Bukit Aman Jumaat ini
  • 4 years ago
Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman esok berhubung senarai ahli parlimen yang didakwa menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata, pihak polis setakat ini menerima sebanyak 113 laporan mengenai perkara itu.