Bung dan Masidi tukar portfolio lepas tiga jam angkat sumpah

  • 3 years ago
Ketua Menteri Sabah yang baru mengangkat sumpah, Hajiji Noor mengumumkan bahawa Ketua BN Sabah, Bung Moktar Radin telah dilantik sebagai menteri kerja raya.

Bung akan menukar portfolio dengan timbalan ketua PPBM Sabah, Masidi Manjun yang kini akan mengambil alih kementerian perumahan dan pemerintah tempatan, portfolio yang terdahulu diberikan kepada Bung.

Masidi juga akan menjadi timbalan kepada Hajiji di bawah portfolio kewangan berikutan pengalamannya dalam bidang kewangan dan ekonomi.