Ramai kata Aniq Suhair bakal pelapis pelakon hebat... boleh ganti Syafiq Kyle ke?
  • 4 tahun lalu
SELEPAS berakhirnya rancangan Hero Remaja 2020, rezeki bintang baharu Aniq Suhair semakin menyerlah apabila dia kini mula menghiasi drama serta aktif memenuhi undangan daripada stesen televisyen.

Kata Aniq atau nama sebenar Muhammad Aniq Suhair Mohd Salleh, 20, dia bersyukur kerana minatnya untuk aktif dalam bidang seni diterima ramai.

“Kalau penonton terima, ia baik kerana saya memang nak berlakon dan bergelar bintang.

“Tidak menyangka peminat memberi sokongan terhadap setiap apa yang saya lakukan. Mereka adalah tulang belakang dan saya berharap ianya berkekalan,” ujarnya kepada mStar.
Disyorkan