'Bukan semua calon orang suka, lama-kelamaan orang suka' - Bung Moktar
  • 4 years ago
Pengerusi Barisan Nasional Sabah, Bung Moktar Radin mengatakan rasa tidak puas hati sesetengah pihak terhadap calon-calon yang dinamakan untuk pilihan raya negeri kali ini merupakan lumrah dalam politik.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan ketua-ketua cawangan UMNO Libaran hari ini yang menolak pencalonan Mokran Ingkat untuk kerusi DUN Sungai Manila.

Mereka sebaliknya mahu calon itu ditukar kepada bekas ketua menteri Sabah dan Adun Sungai Sibuga, Musa Aman bagi membolehkan kemenangan.