MB Selangor- 'Saya dan isteri mohon maaf'
  • 4 years ago
Menteri Besar Selangor Amirudin Shari memohon maaf atas “kekhilafan” selepas gambar penghantaran air ke rumahnya oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd yang dimuat naik oleh isterinya tular di media sosial.

Masdiana Muhammad terdahulu memuat naik gambar itu bagi melahirkan rasa terima kasih kepada agensi itu yang yang membantu menghantar air ke kediamannya.

Memetik laporan Bernama, Amirudin berkata gambar tersebut telah digunakan sesetengah pihak untuk menyerangnya ekoran isu gangguan bekalan air di negeri itu.