Gangguan air- 948 kawasan pulih, 344 kawasan dalam pemulihan
  • 4 years ago
Bekalan air di 948 kawasan atau 73.37 peratus daripada 1,292 kawasan terlibat gangguan bekalan air tidak berjadual di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang pulih sepenuhnya setakat 6.30 pagi ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata baki 344 kawasan masih dalam proses pemulihan.

Wilayah Hulu Selangor adalah kawasan pertama mencatat peratusan pemulihan sepenuhya (100 peratus), diikuti Kuala Selangor (99.25 peratus); Petaling (91.78 peratus); Gombak (72.99 peratus); Kuala Langat (50 peratus); Kuala Lumpur (47.37 peratus); dan Klang/Shah Alam (38.42 peratus).