Lebih 40 kru hilang, kapal muatan lembu terbalik dalam ribut di Jepun
  • 4 years ago
Lebih daripada 40 anak kapal hilang setelah kapal yang membawa muatan lembu dari New Zealand ke China terbalik dalam cuaca ribut di Laut China Timur, kata pengawal pantai Jepun pada hari Khamis.

Setakat ini, seorang anak kapal dari kapal Gulf Livestock 1 berjaya diselamatkan. Tiga kapal, empat kapal terbang dan dua penyelam telah mengambil bahagian dalam misi pencarian, kata pengawal pantai.

Kapal itu dengan muatan hampir 6,000 ekor lembu, mengirim panggilan kecemasan dari sebelah barat pulau Amami Oshima di barat daya Jepun ketika Taufan Maysak melanda daerah itu Rabu lalu.

Laporan oleh Reuters.