Pembela- Jadikan tanah diceroboh sebagai tanah rizab Melayu
  • 4 years ago
Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela) menggesa polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil tindakan tegas ke atas pengusaha kebun durian yang didakwa meneroka tanah secara haram di Pahang.

Pengerusinya, Aminuddin Yahaya turut menuntut supaya tanah berkeluasan 4,400 hektar itu dijadikan Tanah Rizab Melayu kerana menurutnya terlalu banyak tanah yang diceroboh dan tidak diganti.