Dinie Rashid cerita bagaimana dia jadi buta, tiba-tiba je penglihatan kabur
  • 4 tahun lalu
PESERTA Big Stage 2020, Dinie Rashid memberitahu penglihatannya mula terjejas ketika berusia sembilan tahun.

Cerita Dinie atau nama sebenar Muhammad Dinie Abdul Rashid, 28, dia tidak mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebagainya namun secara tiba-tiba penglihatannya terjejas.

“Masa tu umur saya sembilan tahun... saya tak alami demam panas, tapi ketika itu pembelajaran saya semakin merosot.

“Doktor pun pelik sehingga mereka hantar report ke Bristol, England, pakar di sana juga pelik,” ujarnya kepada mStar.

Tambah Dinie lagi, penglihatannya semakin merosot dan kini hanya mampu melihat sebanyak 20 peratus sahaja.

Klik link di bawah bagi mengetahui artikel berkaitan:-
https://www.mstar.com.my/video/2020/09/02/tahap-rabun-saya-dah-tak-boleh-diselamatkan---dinie-rashid-bukan-buta-sejak-lahir-reda-dilabel-oku
Disyorkan