DAP lancar 'Aduan Moratorium', bantu kemuka masalah peminjam

  • 4 years ago
DAP hari ini melancarkan sebuah laman web bagi mengumpul maklumat rakyat Malaysia yang gagal mendapatkan lanjutan tempoh enam bulan moratorium daripada bank.

Menurut ahli parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, laman yang dipanggil 'Aduan Moratorium' itu akan mengumpulkan maklumat peribadi dan perincian masalah peminjam.

Data itu kemudiannya akan dianalis dan dikemukakan kepada Bank Negara Malaysia dan kerajaan pusat untuk diberi pertimbangan.