'Penguncupan ekonomi Malaysia paling tinggi, tapi suntikan fiskal paling rendah'
  • 4 years ago
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menggesa Kementerian Kewangan untuk mempertimbangkan skala suntikan dana fiskal yang lebih besar dan berkesan agar selari dengan kadar penguncupan ekonomi Malaysia.

Anwar Ibrahim yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, cadangan suntikan dana fiskal tambahan RM45 bilion adalah kecil berbanding kadar penguncupan 17.1 peratus yang dicatatkan pada suku kedua tahun ini, jauh lebih tinggi berbanding negara-negara Asean.

Beliau turut memberi contoh perbandingan dengan negara-negara jiran ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19) 2020, di Dewan Rakyat, hari ini.