Ribut kuat landa Melaka, sebabkan kecederaan dan kerosakan

  • 4 years ago
Beberapa kawasan di Melaka pagi ini dilanda ribut kuat sehingga mengakibatkan kerosakan infrastruktur dan harta benda yang teruk dan kecederaan kepada pelajar sekolah.

Kejadian itu turut dirakam dan dimuat naik ke media sosial oleh penduduk yang terjejas.


The Star melaporkan, hujan lebat yang turun pada pukul 9 pagi diikuti angin kuat mula menerbangkan bumbung dan menumbangkan pokok yang turut menghempap kereta di tepi jalan.


Menurut laporan Astro Awani, sekurang-kurangnya enam murid Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina, Malim cedera dalam kejadian itu selepas bumbung kelas di bangunan tiga tingkat sekolah berkenaan diterbangkan angin.