Kerajaan tak paksa, tapi galakkan pusat hiburan periksa tahap alkohol pengunjung

  • 4 years ago
Kerajaan tidak memiliki perancangan untuk mewajibkan pusat hiburan dilengkapi dengan alat pengesan kandungan alkohol (breathalyser) untuk memeriksa kandungan alkohol dalam badan pelanggan sebelum mereka pulang.

Ini kerana menurut Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong, kerajaan hanya menggalakkan pengusaha pusat hiburan untuk berbuat demikian dan setakat ini telah ada pusat hiburan yang mengikuti saranan terbabit.

Beliau juga mahu perkhidmatan e-hailing Grab untuk merancakkan kempen kepada pengguna supaya menggunakan perkhidmatan mereka dan tidak memandu pulang sekiranya berada di bawah pengaruh alkohol.