'Jika moratorium ditamatkan, NPL meningkat dan beri kerugian sebenar pada bank'

  • 4 years ago
Ahli Parlimen Johor Bharu, Akmal Nasir mendesak kerajaan untuk melanjutkan tempoh moratorium pinjaman selama enam bulan lagi bagi meringankan beban orang ramai dan pemilik perniagaan.

Semalam, Tengku Zafrul berkata sistem perbankan negara dianggarkan mengalami kerugian sebanyak RM1.06 bilion bagi setiap bulan tempoh moratorium dilanjutkan mengikut Standard Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS) 9.

Menurut Akmal, bank dijangka hanya akan menanggung kerugian apabila pinjaman-pinjaman yang diberikan bertukar menjadi Pinjaman Tak Berbayar atau Non Performing Loans (NPL).

“Sekiranya moratorium dihentikan sebelum keadaan ekonomi yang stabil, kadar NPL akan meningkat yang menyebabkan kerugian sebenar kepada bank,” katanya.

Recommended