MP Bachok sokong penuh Menteri Agama dalam tindakan ke atas LGBT
  • 4 years ago
Ahli parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menyeru semua masyarakat menolak sebarang bentuk amalan atau ideologi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini.

Beliau juga menyatakan sokongan penuh terhadap tindakan menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Mohamad yang memberi "lesen penuh" kepada penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk mengambil tindakan terhadap transgender, awal bulan ini.

Namun katanya beliau kecewa dengan sikap aktivis LGBT yang mengkritik langkah baik menteri agama itu.

Beliau berkata demikian semasa berucap di sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Recommended