Ramkarpal diarah buktikan mendiang ayah pernah mainkan rakaman audio di parlimen
  • 4 years ago
Kerajaan memberikan tempoh kepada Anggota Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh sehingga berakhirnya sidang parlimen petang ini untuk membuktikan bahawa mendiang ayahnya, Karpal Singh pernah memainkan rakaman audio di Dewan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Takiyuddin Hassan berkata, kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan ahli parlimen DAP itu dirujuk ke jawatankuasa hak dan kebebasan kerana mengelirukan Dewan.