'B40, M40 sudah lama menderita di bawah rejim Gagalkrasi'

  • 4 years ago
Najib Razak (BN-Pekan) berkata sehingga kini tiada seorang pemimpin Pakatan Harapan berani mengulas mengenai kadar kenaikan pendapatan isi rumah golongan B40 yang cuma 1.8 peratus setahun bagi 2017 hingga 2019, iaitu jauh di bawah kadar kenaikan tahunan 6.6 peratus bagi 2015 hingga 2016 sewaktu pemerintahan Barisan Nasional.

Menurut bekas perdana menteri itu, ini membuktikan bahawa dasar-dasar kerajaan PH tidak membantu golongan B40 dan M40, sebaliknya lebih memperkayakan golongan T20.