'Borneo berpotensi jadi hab ekonomi kerana kedudukan geografi'

  • 4 years ago
Menyentuh isu ekonomi negara hari ini yang telah dilanda wabak Covid-19, presiden Warisan Shafie Apdal berkata beliau melihat Sabah dan Sarawak berpotensi untuk dikembangkan sebagai hab ekonomi.

Shafie yang juga Ketua Menteri Sabah menunjukkan bahawa kedudukan geografi Malaysia Timur yang strategik sebagai salah satu faktornya.