Selepas 4 bulan 'bercuti', pelajar kembali ke sekolah

  • 4 years ago
Fasa seterusnya pembukaan semula sekolah susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula hari ini dengan kembalinya pelajar Tingkatan 1 hingga 4, kelas peralihan dan juga Tahun 5 dan 6.

Tinjauan Malaysiakini di SK Seksyen 6, Shah Alam mendapati pelajar Tahun 5 dan 6 tiba di sekolah memakai topeng muka serta disambut dengan pemeriksaan suhu dan meja sekolah yang dijarakkan.

Fasa seterusnya yang melibatkan Tahun 1 hingga 4 hanya akan disambung pada 22 Julai.

Pembukaan semula sekolah bermula dengan pelajar di kelas peperiksaan pada bulan Jun sementara tadika kembali dibuka pada 1 Julai.

Gambar oleh Mukhriz Hazim, Malaysiakini.