Salleh Said Keruak batalkan permohonan sertai PKR

  • 4 years ago
Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak telah membatalkan permohonannya untuk menyertai PKR selepas memikirkan secara mendalam dan mengambil kira landskap politik hari ini termasuk pergolakan dalaman PKR.

Salleh berkata, keputusan itu dibuat pada April lepas, dan menurutnya, dengan pembatalan itu beliau kekal tidak berparti sejak keluar dari Umno pada 2018.