Menteri- Kerajaan sudah bersedia bentang RMK-12, tetapi Covid-19 berlaku

  • 4 years ago
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed menyatakan bahawa kerajaan sebenarnya sudah bersedia untuk membawa Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) ke parlimen Ogos ini.

Bagaimanapun berikutan penularan wabak Covid-19 yang melanda negara ini, pembentangan tersebut terpaksa ditangguhkan.

Kata beliau dalam satu sesi bersama Bank Dunia hari ini, rancangan yang akan dibentangkan itu nanti harus selaras dengan landskap ekonomi Malaysia yang telah berubah kesan daripada Covid-19.