Nasihat KKM kepada pelajar Malaysia di luar negara
  • 4 years ago
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan pelajar-pelajar Malaysia yang masih berada di luar negara mengamalkan penjarakkan sosial, menjaga kebersihan dan memakai topeng hidung dan mulut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata masih terdapat ramai pelajar Malaysia di luar negara mahu kembali ke Malaysia.

Justeru beliau menyeru mereka mengamalkan langkah pencegahan tersebut terlebih dahulu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.
Recommended