Terkilan tidak dilantik dalam kabinet dan GLC - Bung

  • 4 years ago
Pengerusi Umno Sabah, Bung Moktar Radin mengakui wujud rasa tidak puas hati dalam parti di negeri itu terhadap kerajaan persekutuan berikutan tidak mendapat tempat dalam barisan kabinet.

"Umno Sabah sehingga hari ini masih stabil. Walaupun ada orang kata ada sedikit gelombang sejak penubuhan PN (Perikatan Nasional).

"Sebab gelombang ini wujud kerana pemimpin-pemimpin Umno di Sabah rasa terkilan apabila tidak seorang pun di kalangan dua wakil rakyat terpilih dalam barisan kabinet kerajaan PN.

"Demikian juga GLC (syarikat berkaitan kerajaan), Umno Sabah tercicir. Ada di antara pemimpin kita marah dengan PM," katanya dalam wawancara khas anjuran Penerangan Umno Malaysia semalam.