Beberapa faktor perlu dipatuhi sebelum tamat PKP - Noor Hisham
  • 4 years ago
Terdapat beberapa faktor perlu dipatuhi sebelum Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh menasihatkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi menamatkan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, ini termasuk pengurangan kes-kes yang masih dirawat di hospital kerana pesakit-pesakit tersebut masih boleh menjangkiti orang lain.

Selain itu faktor lain adalah pengurangan kes-kes ILI (influenza-like illness) dan SARI (severe acute respiratory infections) dalam komuniti serta tiada lagi pembentukan kluster baru.