Inspektor polis rogol 2 wanita Mongolia semasa ditahan di sekatan jalan raya

  • 4 years ago
Seorang anggota polis berpangkat inspektor ditahan selepas disyaki merogol dua wanita warga Mongolia di sebuah hotel dekat Petaling Jaya malam Sabtu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata suspek berusia 30 tahun itu ditahan selepas polis menyelamatkan mangsa yang masing-masing berusia 20 dan 37 tahun di hotel berkenaan.

"Dua wanita ini adalah mangsa dan kita teruskan dengan perintah perlindungan interim untuk mereka,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan rondaan di Damansara hari ini.

Nik Ezanee berkata suspek ditahan reman lima hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kedua-dua wanita telah ditahan dalam satu sekatan jalan raya sebelum dibawa ke hotel itu.

“Siasatan awal mendapati dua wanita itu tidak mempunyai dokumen perjalanan lengkap dan disyaki terlibat dengan pekerjaan berunsur maksiat.

Recommended