Anwar gesa Bank Negara bantu pemegang polisi insurans
  • 4 years ago
Presiden PKR Anwar Ibrahim menggesa Bank Negara untuk membantu pemegang polisi insurans yang mungkin menghadapi masalah untuk terus membayar premium insurans kerana wabak Covid-19.

Beliau berkata beberapa pemegang polisi mungkin gagal membayar yang bukan disebabkan kesalahan mereka sendiri, tetapi kerana telah kehilangan pekerjaan atau menghadapi masalah kewangan lain di tengah-tengah pandemik.