Kilang di Pulau Pinang hasil alat kesan COVID-19 dalam setengah jam, terikat dengan AS

  • 4 years ago
Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melakukan perbincangan dengan sebuah syarikat yang menghasilkan peralatan canggih dan berupaya mengesan virus Covid-19 dalam masa yang singkat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, syarikat tersebut yang mempunyai kilang di Pulau Pinang menghasilkan peralatan canggih yang mampu mengesan virus Covid-19 dalam masa hanya setengah jam.

"Kita juga dimaklumkan sebuah syarikat di Pulau Pinang iaitu yang menghasilkan peralatan canggih untuk mengesan Covid-19 dalam masa setengah jam.

"Tapi difahamkan syarikat berkenaan ada kontrak dengan Amerika Syarikat... jadi kita tengah berbincang sama ada kita juga boleh diberi peluang menggunakan peralatan canggih untuk dapat kesan Covid-19 dalam masa setengah jam," katanya dalam sidang media, semalam.