4 kluster jangkitan Covid-19 di Kluang mungkin berkait himpunan tabligh
  • 4 years ago
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesyaki peningkatan jumlah kes positif Covid-19 di Kluang, Johor mempunyai kaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Sri Petaling, Kuala Lumpur bulan lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata siasatan awal pihaknya terhadap jumlah kes yang tinggi di Kluang mengesan sekurang-kurangnya empat kelompok jangkitan di kawasan itu.

Menurut statistik KKM, setakat hari ini, Kluang mencatatkan 88 kes positif Covid-19.
Recommended