Masih dikecam pihak penyokong kerajaan kerana menegur kenyataan menteri kesihatan baru-baru ini, doktor kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di United Kingdom, Dr Amalina Bakri sekali lagi mempertahankan dirinya.
Kali ini daripada serangan exco Pemuda Umno, Papagomo.
Antara isu yang dibangkitkan oleh Papagomo - atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris - ialah umur serta taraf pendidikan Amalina.