Menteri hilang dari radar, siapa yang turun padang? - Anwar Ibrahim

  • 4 years ago
Presiden Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim hari ini menyeru orang ramai supaya menggesa kerajaan untuk lebih bertanggungjawab menangani kes Covid-19 di negara ini.

Dalam satu sidang media yang disiarkan di laman Facebooknya, beliau berkata perancangan teliti harus dilakukan setiap hari oleh kerajaan dan menteri harus turun padang bagi memahami kegelisahan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia.

"Menteri-menteri ini hilang dari radar. Siapa yang turun memahami masalah dan kegelisahan rakyat?"

Beliau juga mahu Majlis Keselamatan Negara (MKN) diterajui oleh ahli-ahli yang berkelayakan yang faham mengenai aspek keselamatan berkenaan wabak Covid-19.

Recommended