MP Bandar Kuching Kelvin Yii positif Covid-19
  • 4 years ago
Ahli Parlimen Bandar Kuching Dr Kelvin Yii telah diuji sebagai positif Covid-19 dan kini di bawah kuarantin di Hospital Sarawak.

Dalam satu kenyataan, Yii berkata bahawa dirinya bersama ahli parlimen Stampin, Chong Chieng Jen telah melalui ujian virus itu tetapi keputusan Chong menunjukkan negatif.

Beliay dimasukkan ke Hospital Sarawak dan kemudiannya dikuarantin untuk pemantauan selanjutnya berdasarkan prosedur standard yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan

Yii yang juga adalah seorang doktor perubatan berkata dirinya masih belum menunjukkan sebarang gejala dan dalam keadaan stabil.


Yii berkata beliau ada berurusan dengan ahli parlimen Sarikei Wong Ling Biu pada 2 Mac lalu.

Wong adalah wakil rakyat pertama yang disahkan positif untuk virus itu.