Sehari lepas angkat sumpah, Annuar harap parlimen dibubar

  • 4 years ago
Dua hari selepas kabinet baru diumumkan, Setiausaha Agung Umno Annuar Musa memberi bayangan bahawa kerajaan Perikatan Nasional tidak akan bertahan sehingga pilihan raya ke-15 akan datang.

Justeru itu beliau berharap parlimen dibubarkan dengan segera agar kerajaan dapat dibentuk melalui “pintu depan”, seperti yang dimahukan oleh Muafakat Nasional pada awalnya.

Kata Annuar, PH sepatutnya tidak terus menyalahkan orang lain dan sedar akan kesilapan mereka, bukannya terus mengecam orang lain menubuhkan 'kerajaan pintu belakang'.

Annuar yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Wilayah Persekutuan semalam berkata demikian berikutan serangan terhadap PN kerana didakwa membentuk kerajaan melalui pintu belakang.