"Insya Allah badai politik dapat dibanteras, sama-sama pijak bumi yang nyata" - Dr Zulkifli

  • 4 years ago
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang akan menguruskan hal ehwal agama, Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini menyifatkan jawatan barunya sebagai satu amanah dan tanggungjawab yang wajib
dipikul dengan sebaik-baiknya.

Dr Zulkifli yang juga bekas mufti Wilayah Persekutuan turut menyeru rakyat Malaysia untuk sama-sama menjaga keamanan negara ini.

"Insya Allah, badai politik yang semata-mata kerana sentimen dapat dibanteras. Tetapi sama-sama kita berpijak pada bumi yang nyata dan kita katakan inilah negara Malaysia yang kami cintai,"

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara pagi tadi.