Mahathir dijangka hadir ke Istana Negara, Zahid dalam perjalanan - Sumber

  • 4 years ago
Sumber yang dekat dengan istana berkata pihaknya menjangkakan kehadiran Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Sumber berkata Mahathir dijangka tiba lebih awal, tetapi belum berbuat demikian.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi juga dalam perjalanan ke Istana Negara.

Perkara itu disahkan oleh seorang pemimpin kanan Umno.

Satu lagi sumber Umno berkata pertemuan di istana sepatutnya berlaku lebih awal tetapi tertangguh kerana mesyuarat GPS berlangsung lebih lama daripada jangkaan.

Terdahulu kenderaan ketua GPS Abang Johari Openg dilihat ada di perkarangan istana.