Pakistan berterima kasih Malaysia bersuara isu Kashmir

  • 4 years ago
Perdana Menteri Pakistan Imran Khan mengucapkan terima kasih buat Dr Mahathir Mohamad kerana bersuara tentang isu Kashmir.

Imran meluahkan penghargaan itu sebaik sahaja tiba gilirannya bercakap dalam satu sidang media bersama Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya hari ini.

“Saya mahu berterima kasih kepada Perdana Menteri (Mahathir) - (terhadap) caranya bercakap tentang apa yang dilalui oleh rakyat Kashmir sekarang ini.

“Dalam perkara ini, cara perdana menteri - kamu (Mahathir) - berdiri bersama-sama kami dan bercakap tentang ketidakadilan yang berlaku, bagi mewakili rakyat Pakistan, saya betul-betul mahu berterima kasih,” katanya.

Recommended