UK keluar Kesatuan Eropah (EU) hari ini

  • 4 years ago
United Kingdom (UK) akan meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) berkuat kuasa malam Jumaat, menamatkan keanggotaan negara itu selama 47 tahun.

Ini merupakan tindakan geopolitik paling signifikan yang dibuat oleh UK sejak keruntuhan empayar British.

Pemimpin politik UK dan EU sudah pun menandatangani perjanjian itu yang merintis laluan pengunduran secara teratur UK daripada EU.

Ia meliputi hak warga negara, penyelesaian kewangan, tempoh peralihan, protokol mengenai Ireland dan Ireland Utara serta beberapa isu lain.

Rakyat Britain mengundi untuk keluar daripada EU menerusi pungutan suara pada Jun 2016. Kerajaan itu secara rasmi memaklumkan kepada EU mengenai hasrat mereka pada 2017.

Menjelang 1 Februari, UK tidak lagi dianggap sebagai negara anggota EU. Namun ia akan terus mengguna pakai undang-undang EU sehingga tempoh peralihan tamat pada akhir 2020.