Palestin tolak pelan damai Timur Tengah Trump
  • 4 years ago
Rakyat Palestin menolak pelan damai Timur Tengah yang diumumkan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Pelan tersebut diumum semalam oleh Trump bersama sekutunya Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bagi mencadangkan penyelesaian "dua negara".

Antara lain, pelan tersebut akan mengiktiraf penempatan haram Israel di Tebing Barat serta menjadikan Baitulmaqdis sebagai "ibu negara Israel yang tidak dibahagikan".

Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyifatkan pelan itu sebagai berat sebelah dan bertentangan dengan aspirasi rakyatnya.