Simulasi pilihanraya di sekolah bukan doktrinasi - SPR

  • 4 years ago
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melawat sekolah-sekolah menengah di seluruh negara untuk menjalankan simulasi proses pengundian sebagai sebahagian daripada program pendidikan pengundi terhadap mereka.

Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun juga memberi jaminan bahawa suruhanjaya itu tidak akan menjalankan indoktrinasi melalui program berkenaan.

"Kami tidak mengindoktrinasikan sesiapa, tetapi kami mahu mendidik," kata Azhar dalam satu sidang media di ibu pejabat SPR hari ini.