Murid bertudung fasih nyanyi lagu Cina

  • 4 years ago
Sebuah sekolah di sini menyambut baik usaha mengetengahkan bakat seorang murid berbangsa Melayu menyanyi lagu Tahun Baru Cina ketika majlis sambutan perayaan tersebut.


Persembahan murid yang fasih menyanyikan lagu perayaan tersebut itu dirakam dan dimuat naik di media sosial tular.

Perkongsian itu membuka mata masyarakat bahawa sesebuah perayaan tidak harus dijadikan modal kepada pihak tertentu untuk menyebarkan propaganda perkauman dan ekstremisme.

Dalam pada itu, video selama 1 minit 5 saat tersebut meraih 8,500 rekasi dan 9,400 perkongsian daripada netizen.

Terdahulu, isu tanglung di sekolah SMK Pusat Bandar Puchong 1 menjadi kontroversi selepas ada pemimpin pembangkang mendakwa ia dipasang secara berlebihan dan kononnya ia usaha untuk menyebarkan agama lain kepada murid Islam di situ.

Video yang tular itu dilihat berbeza dengan apa yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong 1 apabila menerima aduan perhiasan perayaan Tahun Baru Cina seperti tanglung di sekolah itu dianggap keterlaluan.